'Tis

Memoir by Frank McCourt

Blurb

’Tis merupakan kisah sebenar yang ditulis oleh Frank McCourt. Buku yang dilancarkan pada tahun 1999, bermula dengan Angela's Ashes, McCourt's pemenang Pulitzer Prize menceritakan kisah kanak-kanaknya di Ireland dan akhirnya brhijrah ke Amerika Syarikat. Buku ini bermula McCourt yang berada di Albany, New York, and dan membuat perancangan tanpa berlengah untuk ke Kota New York. Tanpa kawan dan tanpa sebarang pengetahuan budaya Amerika, beliau bergelut untuk meletakkan dirinya ke dalam masyarakat kolar biru Amerika..Beliau kemudiannya menyertai tentera Amerika Syarikat dan dihantar berkhidmat di Eropah. Semasa di Jerman beliau mengalami konfrontasi dengan banyak pihak yang cuba menunjukkan kepada Frank bagaimana untuk mendapatkan gadis Rusia semata-mata untuk seks dengan cara memberi kopi atau rokok kepada sasaran. Beliau kembali ke Ireland untuk melawat ibu dan kampung halamannya sebelum memutuskan untuk kembali ke AS semula. Semasa di AS, beliau memasuki Universiti New York dan di situlah beliau mengenali erti cinta. Selepas tamat belajar, belia menjadi guru Bahasa Inggeris dan Pengajian Sosial di McKee Vocation & Techinal High School sebelum ke Sekolah Tinggi Stuyvesant.

First Published

1999

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment