Blurb

The Tragedy of Hamlet, Prince of Denmark adalah sebuah kisah tragedi karya William Shakespeare. Drama yang berlatarkan negara Denmark mensandiwarakan pembalasan dendam Putera Hamlet ke atas mamandanya, Raja Claudius kerana membunuh Raja Hamlet, iaitu kanda kepada Claudius dan ayahanda Putera Hamlet, dan kemudian merampas takhta dan memperisterikan Gertrude, iaitu balu kepada raja lama dan bonda kepada Putera Hamlet. Drama ini terang-terangan menggambarkan kegilaan yang sebenar dan yang dibuat-buat, baik ketenggalaman dalam kepiluan mahupun gelora kemarahan, serta menerokai tema-tema pengkhianatan, dendam, sumbang mahram dan keruntuhan akhlak.
Hamlet adalah drama Shakespeare yang paling lama, bahkan adalah antara tragedi yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam kesusasteraan Inggeris, dengan sebuah cerita yang mampu "diceritakan semula dan diadaptasikan tanpa henti." Drama ini adalah antara karya Shakespeare yang paling laris sewaktu zaman beliau, malah merupakan antara yang paling dipentaskan dalam sejarah, termasuklah mengungguli senarai persembahan Royal Shakespeare Company sejak tahun 1879.

First Published

1603

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment