The Lord of the Rings: The Complete Trilogy (Box Set)

Novel, Fantasy by J. R. R. Tolkien

Blurb

The Lord of the Rings atau Penguasa Cincin merupakan karya epik fantasi karangan pengarang berbangsa British iaitu J. R. R. Tolkien. Kisahnya bermula dengan sebuah sekuel sebelumnya iaitu buku fantasi The Hobbit, tetapi kemudian dikembangkan menjadi cerita yang lebih panjang. Ia ditulis antara tahun 1937 dan 1949, yang kebanyakannya ditulis ketika Perang Dunia Kedua. Ia diterbitkan dalam tiga jilid pada 1954 dan 1955, dan telah dicetak berkali-kali dan diterjemahkan kepada banyak bahasa. Berkemungkinan, karya tersebut adalah hasil sastera yang paling terkenal dalam abad kedua puluh.
Aksi dalam The Lord of the Rings digambarkan sebagai dunia atau Bumi sebenar dan didiami manusia dengan tambahan rekaan makhluk pada zaman yang direka juga. Tolkien menamakannya dalam Bahasa Inggeris moden, Middle-earth, merujuk kepada bahasa Inggeris kuno iaitu Midgard/Middangeard. Kisah tersebut berkaitan dengan pelbagai kaum seperti Hobbit, Elf, Manusia, Orang Kerdil dan Ahli Sihir, dan bertumpukan kepada Cincin Kuasa yang dibuat oleh Raja Kegelapan Sauron. Bermula dengan keadaan lengang dan tenang di Shire, cerita berkembang merentasi Bumi-tengah lalu mencetuskan Perang Cincin.

First Published

1954

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment