Lexus dan Pokok Zaitun

non-fiction by Thomas L. Friedman

Blurb

Lexus dan Pokok Zaitun dikarang oleh Thomas L. Friedman pada tahun 1999, untuk menganjurkan bahawa dunia sedang mengalami dua pergelutan, iaitu mengejar kemakmuran dan pembangunan yang dilambangkan oleh kereta Lexus, dan mengekalkan identiti dan tradisi yang dilambangkan oleh pokok zaitun. Katanya, beliau menyedari perkara ini ketika menjamu selera dengan sekotak sushi dalam sebuah keretapi peluru Jepun setelah mengunjungi sebuah kilang Lexus factory sambil membaca berita konflik di Timur Tengah.
Friedman membimbing pembaca dalam pengembaraan antarabangsa untuk memperbaharui pemahaman istilah "globalisasi" yang sering tersalah faham dan tersalah guna, dengan mengupas kisah-kisah pengalaman sebenarnya ketika bersemuka dengan ramai tokoh tersohor di dunia. Beliau berhujah bahawa globalisasi bukan sekadar arah aliran yang sementara, malah merupakan sebuah sistem antarabangsa yang menggantikan sistem Perang Dingin yang dahulu, dan mengamalkan peraturan dan logik tersendiri yang secara langsung atau sebaliknya mempengaruhi politik, persekitaran, geopolitik dan ekonomi hampir setiap negara di dunia."

First Published

1999

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment